Tular baru-baru ini mengenai satu status yang dimuat naik peniaga sebuah gerai makanan yang mendedahkan sikap ‘influencer’ yang tidak menunaikan janji setelah menawarkan makanan percuma kepada 500 pengikutnya di media sosial.
Difahamkan, pensohor media sosial Aisar Khaled sebelum ini pernah berjanji untuk memberi 500 orang pelanggan sarapan percuma berupa roti canai dan nasi lemak di sebuah restoran yang terletak di Terengganu.
Advertisement