Aktres Rita Rudaini meluahkan rasa marah terhadap guru yang melemparkan fitnah dan menuduhnya mengambil kuota golongan B40 kerana menghantar anak lelakinya ke sekolah kerajaan.
Menerusi Instagram story, pelakon berusia 47 tahun itu mendedahkan dia tahu siapakah guru yang membawa mulut dan menyebarkan fitnah tersebut.
Tegurnya, sebagai seorang pendidik guru terbabit dia perlu membuang mentaliti kolot sebegitu dan tidak layak digelar guru jika berperangai seperti itu.