Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan penyanyi Ning Baizura dikecam oleh netizen gara-gara tidak mengatahui maksud Rafah.
Menerusi video itu, Ning sedang membuat siaran langsung di Instagram membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’.
BACA: Ning Baizura Akui Tertekan Ketika PKP
Namun, reaksi Ning ternyata mengejutkan ramai apabila bertanyakan siapa Rafah seolah memberi bayangan bahawa dia tidak peka dengan isu semasa ketika ini.
“All Eyes on Rafah… who’s that?” jawabnya.