LENGGONG: Kerajaan Perak akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, yang terkorban dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam.
Kerajaan negeri akan memberikan sumbangan bernilai sama kepada setiap waris tiga mangsa anak jati Perak yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada April lalu.
Ketika mengumumkan perkara tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan itu adalah daripada peruntukan kerajaan ...