SHAH ALAM: Tidak sempat bersahur dan penat melakukan kerja berat antara alasan popular kaki ponteng puasa yang dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negeri ini.
Sehingga kini, seramai 35 individu ditahan termasuk melibatkan sebuah restoran di sekitar Subang, Khamis lalu.
Penolong Pengarah Kanan Unit Perundangan dan Kesalahan Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Nor Faisal Mohd. Leman berkata, operasi terbaharu pihaknya itu menahan 15 lelaki yang disyaki tidak menghormati Ramadan.
Katanya, pemeriksaan dilakukan hasil maklumat awam berkaitan restoran itu yang dijadikan port bagi individu ...