KUALA NERUS: Seramai 300 penyokong Terengganu FC (TFC) menyaksikan final Piala Malaysia secara siaran langsung menerusi skrin besar di sebuah hotel di sini, malam ini.
Seorang penyokong Terengganu FC (TFC), Fariszuan Azhar, 30, dari Kampung Pengadang Baru, berkata, dia tiba di hotel itu sebagai tanda sokongan dari jauh buat negeri kelahirannya itu pada pukul 6.30 petang lagi.
Menurutnya, ini pengalaman pertama menonton tayangan siaran langsung bola sepak bertempat di sebuah hotel berbanding kebiasaan yang diadakan di tempat terbuka seperti padang atau ...