PETALING JAYA: Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dinobatkan selaku juara dunia buat kali ketiga dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, hari ini.
Ziyad menyempurnakan lontaran sejauh 17.43 meter (m) untuknya memenangi pingat emas pada pertandingan yang diadakan di Stadium Kobe Universiade Memorial.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 itu mengetepikan cabaran wakil Perancis Soane Luka yang meraih perak (15.29m), manakala, Jordi Patricio dari Ecuador pula membawa pulang gangsa ...