KOTA BHARU: Lebih 20,000 peminat sukan bola sepak dan penyokong tegar The Red Warriors (TRW) era treble membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, di sini untuk menyaksikan perlawanan persahabatan Duo Cup Ex-TRW Treble melawan Ex-Selangor.
Kehadiran mereka yang memenuhi segenap ruang tempat duduk stadium sekali gus menggamit nostalgia ‘Gelombang Merah’ yang bukan sahaja pernah menggamatkan stadium keramat pasukan Kelantan FA dan seringkali mewarnai pentas Liga Malaysia (Liga M) suatu ketika dahulu.
Ia sekali gus menampakkan kerinduan yang begitu menebal dalam kalangan penyokong ...