KUALA LUMPUR: Pemain beregu negara, Arif Junaidi mengakui permainan dia dan Yap Roy King masih belum cukup ‘rencah’ yang menjadi punca kepada kekalahan mereka di tangan pasangan No. 5 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.
Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-47 dunia tunduk kepada beregu handalan Denmark itu 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pasangan muda negara itu mempamerkan aksi agresif dalam set kedua, namun, malangnya ...