Sudah lama mendiamkan diri dari industri lakonan, pelakon dan pengacara Datin Fouziah Gous mengakui dirinya masih belum bersedia untuk kembali berlakon dan masih ingin mengutamakan perniagaannya.
Belum tiba masa ambil tawaran berlakon
Kata aktres ini, meskipun dia ada mendapat tawaran untuk kembali berkarya sebagai seorang pelakon, namun Fouziah terpaksa menolak atas dasar komitmennya terhadap syarikat yang diusahakan sejak sedekad lalu.
Sebenarnya ada sahaja pengarah yang panggil saya berlakon. Macam mama Erma Fatima pernah tanya saya ‘kau tak nak berlakon lagi ke?’. Ada ...