Blog

Pemindahan teknologi memanfaatkan pekebun – Utusan Malaysia

PETALING JAYA: Proses pemindahan teknologi amat penting bagi memberi manfaat kepada pekebun dan masyarakat sekiranya diaplikasikan secara efektif di lapangan.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu sejajar memastikan objektif jaminan sekuriti makanan negara tercapai di samping memenuhi keperluan rakyat.

“Bagi memastikan objektif jaminan sekuriti makanan negara tercapai, proses pemindahan teknologi adalah penting bagi memberi manfaat kepada pekebun dan masyarakat sekiranya ia diaplikasikan secara efektif di lapangan.

“Penggunaan teknologi baharu di dalam meningkatkan pengeluaran berhasil tinggi mampu dilaksanakan melalui ...

Read More →

Lebih 80 atlet Palestin terbunuh dalam serangan Zionis di Gaza

GAZA: Sekurang-kurangnya 85 atlet Palestin terbunuh dalam serangan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat antara 7 Oktober dan 6 Disember.

Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Palestin yang disiarkan pada Khamis, kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.

Mangsa terdiri daripada 55 pemain bola sepak dan 30 atlet dalam pelbagai sukan lain.

Menurut laporan itu, tentera penceroboh Israel turut menyasarkan atlet dan kemudahan sukan Palestin, terutama pemain bola sepak, presiden kelab, pentadbir dan pengadil.

Sebanyak sembilan kemudahan sukan ...

Read More →

N. Sembilan tamatkan Liga Super 2023 dibelasah Kuching City

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan FC menamatkan kempen Liga Super 2023 dengan keputusan kekalahan 4-1 kepada pasukan Kuching City FC.

Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, pasukan tuan rumah yang dikendalikan ketua jurulatih, K. Devan terlebih dahulu mendapatkan gol iaitu seawal minit keempat Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Bekas penyerang kebangsaan itu mudah menyempurnakan hantaran Hein Htet Aung sekali gus menewaskan Wan Muhammad Azraie Wan Teh di gawang Kuching City.

Sebaik sahaja gol tersebut, perlawanan sebaliknya banyak dikuasai oleh pelawat ...

Read More →

Sang Penyu akhiri aksi Liga Super kalahkan Perak 3-0

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menamatkan kempen Liga Super dengan noktah kemenangan apabila menang 3-0 ke atas Perak pada aksi penutup tirai di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Keputusan itu menempatkan TFC di tangga keenam daripada 14 pasukan mengumpul 40 mata hasil 11 kemenangan, tujuh keputusan seri dan lapan kekalahan sepanjang saingan liga musim ini.

TFC membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh setelah Ivan Mamut memanfaatkan kesilapan penjaga gol Perak, Farhan Abdul Majid yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan ...

Read More →

Arsenal kembali gayat, tumbangkan Brighton 2-0

LONDON: Arsenal kembali merampas semula takhta Liga Perdana Inggeris untuk seketika selepas membenam Brighton dengan keputusan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi.

The Gunners mengekalkan kesebelasan terbaik mereka untuk menentang skuad Brighton yang dikendalikan Roberto de Zerbi, namun tiada gol dapat dijaringkan pada separuh masa pertama.

Arsenal tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan di separuh masa kedua, apabila Gabriel Jesus memanfaatkan kesilapan pemain Brighton, Jan Paul van Hecke untuk menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol, Bart ...

Read More →

Jenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan

KUALA PILAH: Jenazah penyanyi era 1980-an, Allahyarham Ibnor Riza Ibrahim, 62, selamat dikebumikan pada pukul 10.40 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, di sini.

Lebih 200 orang hadir mengiringi penyanyi itu ke persemadian terakhirnya termasuk dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, penduduk kampung serta rakan-rakan artis.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di pekarangan Masjid Tunku Alif Hussein Al-Amin. Kariah Kampung Tengkek kira-kira 8.30 malam.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku ...

Read More →

Amir Jahari kongsi fasa sukar, hampir tamatkan riwayat hidup selepas kehilangan bapa

SHAH ALAM: Penyanyi, Amir Jahari, sebak mengenangkan lagu Hasrat yang dihasilkan ketika arwah bapanya disahkan menghidap kanser pada tahun 2018.

Menurut Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, dia sehingga kini akan menitiskan air mata setiap kali menyanyikan lagu tersebut .

Namun, penyanyi kelahiran negeri Sarawak itu sedaya upaya menahan rasa sedih ketika menyampaikan lagu berkenaan di pentas separuh akhir muzik muzik (SFMM38) petang tadi..

“Saya sedih sebab lagu ini dihasilkan selepas saya dimaklumkan tentang keadaan arwah ayah saya yang menghidap penyakit tersebut.

“Ayah saya ...

Read More →

Dendam Selangor FC ke atas PDRM FC terbalas

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) mengotakan janji untuk menutup kempen Liga Super musim ini dengan kemenangan apabila menundukkan PDRM FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga memastikan dendam ke atas PDRM FC dilunaskan susulan kekalahan Selangor pada pusingan pertama liga 0-1 pada 3 Jun lalu.

Beraksi dihadapan penyokong sendiri, tidak memberi jalan mudah kepada skuad Red Giants untuk menjinakkan The Cops.

Sebaliknya, skuad kendalian Tan Cheng Hoe terpaksa menunggu sehingga minit ke-36 untuk merobek gawang PDRM ...

Read More →

Adira Nampak Penceraian Jalan Selesai Masalah Rumah Tangga

Lapan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi nekad untuk meneruskan penceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.

Menerusi temu bual Melodi, Adira yang memfailkan cerai pada 25 Oktober lalu berkata perpisahan merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

BACA: Tiada Persefahaman Punca Adira Fail Cerai, Dato Red Nak Selamatkan Rumah Tangga

“Apa yang saya boleh cakap adalah semua ditentukan Allah. Tetapi apa yang saya nampak (ketika ini), itu (penceraian) sahaja jalan.

“Saya perlukan doa yang baik-baik. Setakat ini ...

Read More →

Pegawai kanan polis didakwa esok atas tuduhan membunuh

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh, Perak akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, esok.

Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, pegawai kanan tersebut yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam Kertas Siasatan, Jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 ...

Read More →
Page 1,506 of 1,554 «...1,4801,4901,5001,5041,5051,5061,5071,508...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X