Kemunculan mesin layan diri ‘vape’ di sebuah pusat membeli belah terkemuka ibu negara menaikkan kemarahan dan mengundang kritikan warganet di media sosial baru-baru ini.
Menurut warganet meletakkan mesin itu di tempat awam sebegitu tidak patut dan seolah-olah menggalak serta mempromosikan tabiat merokok memandangkan sesiapa sahaja boleh membeli dari mesin tersebut.
Tak perlu imbas MyKad untuk pengesahan umur. Hanya bayar dengan kad atau e-dompet.
Pelanggan boleh membeli dengan mudah dengan hanya menyentuh skrin dan ...