PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan tanggungjawab beliau sebagai salah seorang anggota kabinet bukan untuk menjadi ‘Santa Klaus’ yang membawa hadiah percuma kepada rakyat.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, amanah yang digalasnya adalah membetulkan struktur ekonomi negara sudah menyimpang dari landasan pertumbuhan mampan akibat amalan-amalan ekonomi yang tidak lagi dapat ditampung negara.
“Beberapa minggu lalu, kecoh isu rombakan Jemaah Menteri. Saya tahu satu harapan penyokong pembangkang yang menggunung ialah melihat ...