PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memandang serius kenyataan seorang pendakwah dalam ceramahnya yang mendakwa kenyataan seorang pemimpin yang dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesat apabila merujuk kepada Ashabul Kahfi (pemuda-pemuda gua) sebagai beragama Kristian.
Yadim berkata, adalah amat tidak wajar sikap terus menghentam dan menyesatkan mereka yang berbeza pendapat dan pandangan dalam isu-isu khilafiah agama kerana sikap tersebut akan membantutkan perkembangan ilmu dan daya penyelidikan.
Lebih membimbangkan, katanya, sikap itu akan menyebabkan pergaduhan dan tuduh ...