SEREMBAN: Ketika kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi fokus bagi menyampaikan bantuan kebajikan tetapi lain pula dengan penubuhan NGO Skuad Pantas Nilai.
NGO terbabit ditubuhkan bagi membantu melaksanakan kerja-kerja kecemasan seperti memotong pokok tumbang dan bantuan bencana lain.
Penubuhannya bertitik tolak dengan kejadian ribut yang melanda kawasan Nilai awal tahun ini yang telah mengakibatkan banyak jalan ditutup berikutan banyak pokok yang tumbang.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Skuad Pantas Nilai, Mohd. Redzwan Shujaudin, selepas kejadian itu, cadangan penubuhan NGO itu disambut ramai kenalan dan ...