Blog

Video tular dakwa kejadian tembakan berhampiran lintasan Rafah

GAZA CITY: Satu rakaman video tular mendakwa tembakan berlaku berhampiran ibu pejabat Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin di bandar Rafah, Gaza.

Rakaman video kejadian tembakan berhampiran lintasan Rafah itu diperoleh oleh CNN.

Memetik laporan CNN, rakaman itu menunjukkan beratus-ratus penduduk berada di jalanan yang mana sebahagian besarnya melarikan diri akibat serangan Israel.

Dalam video itu, ramai penduduk dilihat sedang membawa bantuan ketika bunyi tembakan kedengaran di kawasan tersebut.

Satu lagi rakaman di lokasi itu menunjukkan beberapa ...

Read More →

Dua maut, 29 cedera bangunan terbakar di Korea Selatan

SEOUL: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 29 lagi cedera dalam insiden kebakaran membabitkan sebuah bangunan pangsapuri 27 tingkat di Korea Selatan.

Lapor agensi berita Yonhap, kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.57 pagi (waktu tempatan) di tingkat tiga bangunan pangsapuri itu di Seoul.

Dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an dan seorang wanita berumur 70-an dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung.

Dua daripada mangsa meninggal dunia di hospital.

Semasa proses pemindahan, sekurang-kurangnya 28 orang mengalami kecederaan termasuk terhidu asap ...

Read More →

32,000 biji pil yaba di rampas

KOTA BHARU: Polis merampas 32,000 biji pil kuda bernilai RM197,230 selepas menahan dua lelaki dalam serbuan berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Pendek Batu 5, Jalan Salor dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 5 petang itu,
kedua-dua suspek berusia 36 dan 29 tahun itu ditahan sejurus keluar dari sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

Timbalan Ketua Polis negeri Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut membawa kepada penemuan bungkusan plastik putih mengandungi 2,000 pil yaba.

Menurutnya, sambil dipandu ...

Read More →

Malaysia ini sudah bebas rasuahkah? – Pas

KUALA LUMPUR: Pas mengeluarkan kenyataan secara sinis terhadap parti politik kerajaan yang didawak mereka dilihat tidak lagi bersuara mengenai isu rasuah dan perkauman yang biasanya dibangkitkan dalam mesyuarat agung atau konvensyen parti.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bertanya jika negara sudah benar-benar bebas rasuah sehingga tidak kelihatan parti politik menyentuh perkara itu dalam mesyuarat.

Ahli Parlimen Pasir Pas itu bagaimanapun tidak menyebut parti politik atau nama pemimpin-pemimpin tertentu, namun, ia dikaitkan dengan Konvensyen Amanah Nasional ...

Read More →

Kita rasa dihargai dalam Kerajaan Perpaduan-GRS

KOTA KINABALU: “Kita rasa dihargai dalam sebuah kerajaan yang dibentuk, di bawah Kerajaan Perpaduan setiap ahli hendaklah dilihat sebagai penting.”

Demikian kata Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berhubung komitmen gabungan itu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, GRS kekal dengan pendirian terus menyokong kepemimpinan Anwar untuk terus menerajui kepimpinan negara sehingga habis penggal.

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, sepertimana dinyatakan oleh Ketua Menteri yang ...

Read More →

Lebih empat jam terkandas atas pokok akibat banjir

GUA MUSANG: Empat lelaki termasuk dua daripada mereka merupakan warganegara Myanmar terkandas lebih empat jam diatas sebatang pokok rambai selepas rumah mereka terjejas banjir akibat limpahan air Sungai Brooke, Pos Blau di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, dua warga emas masing-masing berusia 69 tahun dan dua pekerja lelaki warga asing yang bekerja di kebun sayur terpaksa memanjat pokok itu
untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mereka kemudian diselamatkan anggota bomba selepas terkandas di atas pokok berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan ...

Read More →

Keluarga rugi RM13,000, katerer tidak hadir sediakan hidangan kenduri

JEMPOL: Sebuah keluarga di daerah ini terpaksa pula memasak hidangan untuk disajikan kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan yang dianjurkan mereka selepas pihak katerer yang ditempah untuk menyediakan makanan gagal memberikan maklum balas di saat akhir.

Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, berkata, mereka sekeluarga terpaksa membuat keputusan tersebut selepas pihak katerer yang sepatutnya menyediakan hidangan untuk 1,000 orang tetamu serta pelamin pengantin gagal dihubungi.

“Pihak katerer yang ditempah oleh ...

Read More →

Pimpinan baharu Amanah perkukuh kerjasama parti Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Barisan kepemimpinan baharu Parti Amanah Negara (Amanah) diharap dapat terus bersama-sama bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mudah-mudahan barisan kepemimpinan baharu Amanah dapat terus memperkasa dan memangkin agenda Kerajaan Perpaduan serta Malaysia Madani.

“Saya ucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Amanah yang telah dipilih pada hari ini.

“Diharap dengan kerjasama yang dirai antara parti dalam kerajaan akan lebih kukuh, erat dan serasi bagi memastikan sebuah ...

Read More →

Belum dapat kerja, ratusan warga Bangladesh jalan kaki mahu buat laporan polis

KOTA TINGGI: Tular rakaman video memaparkan deretan warga Bangladesh berjalan kaki beramai-ramai di Teluk Ramunia Bayu Damai sini, sehingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan.

Difahamkan, kesemua warga asing itu dikatakan dalam perjalanan membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu ejen pekerjaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, video berkenaan dirakam pada 20 Disember lalu yang mana warga asing Bangladesh telah dikesan berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk di penempatan tersebut.

“Susulan itu terdapat satu laporan polis ...

Read More →

Mas Ermieyati sudah jangka, BN akan buat rayuan

MELAKA: Barisan peguam Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah bersedia untuk proses rayuan petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid bagi kerusi itu yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2024. Mas Ermieyati ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, beliau secara peribadi telah menjangkakan bahawa BN akan bertindak sedemikian sebaik sahaja…

 

 

Sila Log Masuk atau ...

Read More →
Page 1,475 of 1,554 «...1,4501,4601,4701,4731,4741,4751,4761,477...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X