Blog

16 lokasi di Rantau Panjang bergelap

KOTA BHARU: Sebanyak 16 lokasi di Rantau Panjang ‘bergelap’ susulan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh TNB Careline menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi agensi berkenaan sebenar tadi.

Menurutnya, penutupan belakan itu bermula pada pukul 10 malam.

“Antara kawasan terlibat ialah Banggol Kulim, Kubang Rambutan, Degong , Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh, Padang Nyior dan Tanjung Erat.

“Selain itu, SK Lubuk Setol, Air Teniat, Gual Tambun, Balai Polis ...

Read More →

Ribuan penduduk terjejas, banjir landa selatan Thailand

BANGKOK: Berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan Thailand terjejas banjir akibat hujan lebat yang turut memaksa beberapa jalan dan laluan kereta api ditutup.

Menurut pegawai kerajaan, sekurang-kurangnya lebih 12 sekolah di wilayah Yala dan Narathiwat terpaksa ditutup.

Rakaman dari wilayah itu turut menunjukkan rumah dan kedai ditenggelami banjir dengan penduduk berlindung di tingkat atas.

Hujan lebat sejak Jumaat lalu turut menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh bot karam di Teluk Thailand dan Laut Andaman.

Akibat keadaan landasan yang ditenggelami air, syarikat kereta api negeri itu memaklumkan, hanya ...

Read More →

Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat 600 orang di Raub, Lipis

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 600 orang daripada 141 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah sehingga pukul 8 malam ini.

Daerah lipis mencatatkan mangsa terbaharu apabila empat PPS dibuka membabitkan 174 orang penduduk terjejas daripada 35 buah keluarga pada pukul 4 petang hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, di Lipis, PPS terbabit di Dewan Orang Ramai Kuala Serau menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga dan PPS Dewan Orang Ramai ...

Read More →

“Sophia Lemah Lembut, Sopan, Wanita Melayu Terakhir”

Pelakon dan usahawan Shah Radhi menyifatkan aktres Sophia Albarakbah sebagai seorang wanita yang lemah lembut dan sopan.

Memetik Oh Bulan, Shah berkata dia mengenali Sophia sebelum pelakon jelita itu mencipta nama dalam industri  serta tidak percaya dengan kontroversi melanda Sophia.

BACA: Sophia Albarakbah Dah Penat Jadi Terlalu Baik?

“Saya tidak percaya benda itu (gosip) yang terkena pada Sophia, bukan sebab saya mahu ambil hati kerana namanya sudah naik, tidak. Sebab saya kenal dia macam mana.

“Kami kenal dah lama, kenal ...

Read More →

Lebih 10,000 penduduk Kelantan jadi mangsa banjir

KOTA BHARU: Situasi banjir di Kelantan makin kritikal apabila jumlah mangsa melepasi angka 10,000.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 8.30 malam tadi menyaksikan 10,279 mangsa berlindung di 67 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, enam jajahan yang terjejas dengan banjir ketika ini ialah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Jeli.

“Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,612 orang diikuti, Tanah Merah (1,676) dan Kuala Krai (2,019).

“Sementara Machang 242 mangsa, Gua Musang (268) dan Jeli (255),” ...

Read More →

Banjir di Terengganu bertambah buruk, 2,903 mangsa berpindah

KUALA TERENGGANU: Seramai 2,903 orang daripada 830 keluarga berada di 54 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di enam daerah, setakat pukul 4 petang ini.

Keadaan banjir gelombang ketigar di Terengganu bertambah buruk apabila.
jumlah mangsa tersebut meningkat berbanding 2,111 orang daripada 612 keluarga pada 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ketika ini, sebanyak 20 PPS beroperasi di Dungun, 13 di Hulu Terengganu, lapan di Setiu, enam di Besut, enam di Kemaman dan satu di ...

Read More →

‘Mati nanti pun seorang diri dalam liang lahad’

SEGAMAT: Lelaki yang maut akibat disengat tebuan tanah di sekitar Hutan Simpan di Jalan Temayong Labis, di sini petang semalam pernah berseloroh tentang kematian di depan isterinya dengan mengatakan ‘mati nanti juga seorang diri di dalam liang lahad’.

Norlinda Jamil, 34, berkata, dua hari lalu suaminya itu, Halmi Tahrin, 42, meminta dia pulang ke rumah keluarga di Felda Moakil bersama anak-anak sebelum menyertai aktiviti permotoran dan perkhemahan bersama rakan-rakannya di hutan simpan berkenaan.

“Arwah suami menyatakan dia tidak kisah ditinggalkan bersendirian ...

Read More →

Parti-parti politik, aktivis dan NGO ‘kepung’ kedutaan Amerika Syarikat malam esok

KUALA LUMPUR: Parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan gerakan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan ‘Kepung Demi Palestin’ selama enam hari di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini mulai malam esok, sehingga 31 Disember ini.

Sekretariat Solidariti Palestin (SPP) dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan itu adalah maklum balas terhadap tindakan Amerika Syarikat yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestin.

Katanya, perhimpunan itu diadakan secara aman.

“Kami membuka khemah dan
tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara ...

Read More →

Rakyat sudah muak dengan konflik politik perkauman

KOTA KINABALU: Kerjasama politik berasaskan kaum dan agama di Sabah bukan komponen penting yang harus diberi pertimbangan sekiranya ingin terus maju.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, masa untuk berbalah kerana perbezaan kaum dan agama sudah berlalu.

“Jika kita melihat dan mendengar nadi rakyat, apa yang mereka nyatakan di bawah, mereka sudah muak dengan masalah dan konflik kaum.

“Kalau kita lihat kepada GRS dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), kita dapati ia adalah gabungan dan parti ...

Read More →
Page 1,474 of 1,554 «...1,4501,4601,4701,4721,4731,4741,4751,476...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X