TELUK INTAN: Penduduk di lebih 25 rumah di Kampung Batu 3 ½ Jalan Changkat Jong di sini meminta pihak berkenaan membaiki dan membersihkan longkang yang tersumbat bagi mengelak kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan rumah mereka.
Seorang penduduk, Mardiana Hamid, 45, berkata, penduduk tertekan dengan banjir yang kerap berlaku disebabkan aliran air terjejas kerana longkang yang tidak diselenggara dengan baik.
Menurutnya, air tidak dapat mengalir dengan baik kerana longkang sumbat dipenuh pasir dan sampah, juga parit buang ...