SHAH ALAM: Yew Wei Liang yang disabitkan bersalah sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi, dihukum penjara 16 tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian kepada Syed Muhammad Danial Syed Syakir pada empat tahun lalu.
Bekas pekerja teknologi maklumat (IT) berusia 41 tahun itu dijatuhkan hukuman demikian oleh Hakim Julia Ibrahim yang memerintahkan tertuduh menjalaninya bermula tarikh ditangkap pada 10 Ogos 2019.
Hukuman tersebut dijatuhkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara ...