KUANTAN: Dakwaan 10 projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di negeri ini yang kini dikenali sebagai Rumah Pahang berada dalam kategori sakit atau terbengkalai adalah fitnah pembangkang bagi menjejaskan reputasi projek perumahan rakyat tersebut.
Pengarah Urusan KMDI Holdings, Datuk Azjuriyahti Azlan berkata, sebelum diambil alih syarikat terbabit, memang projek yang diuruskan oleh Felda itu berdepan masalah dan terbengkalai.
Namun kini katanya, setelah diambil alih oleh KMDI, fasa pembinaan di 10 projek terbabit iaitu di Keratong 7, Jengka 11, Kampung Awah, Bukit ...