KUALA SELANGOR: Amukan seorang lelaki sehingga mengeluarkan parang di pekan Bestari Jaya di sini, memakan diri apabila dicekup polis di lokasi kejadian, Rabu lalu.
Kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu melibatkan suspek berusia 44 tahun yang dipercayai mabuk dan berang ditegur kerana membuat bising di kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan suspek di sebuah gerai burger berhadapan kedai dobi layan diri.
Read More →
“Kami Bercium, Terangsang & Buat ‘Benda’ Tu” – Wanita Dakwa Jumpa Mikhail Isaaq Di Kelab Malam, Bawa Balik Rumah
Selepas mendedahkan dirinya dicurangi suami yang didakwa kaki perempuan dan kerap ke kelab malam, pempengaruh Hajar Hanif memuat naik lagi satu video yang mengejutkan ramai.
Menerusi TikTok, ibu kepada dua anak itu telah memuat naik rakaman ketika dia temu bual seorang wanita yang mendakwa pernah berjumpa suami Hajar, Mikhail di kelab dan dibawa pulang ke rumah.
Advertisement
Piala Malaysia: Pemain JDT pamerkan keberanian
KUALA LUMPUR: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Esteban Solari memuji keberanian para pemainnya yang masih mengekalkan corak permainan kebiasaan diperagakan mereka meskipun beraksi di padang yang kurang baik.
Jelasnya, kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC di pentas akhir Piala Malaysia, semalam tidak diraih dengan mudah kerana pasukan lawan memberi tentangan sengit dan pemainnya telah memberi segalanya.
“Kami sangat gembira memenangi gelaran keempat musim ini. Ia perlawanan yang sukar kerana Terengganu juga beraksi dengan baik.
“Pemain berani bermain permainan kami walaupun padang dalam ...
Wartawan, doktor Palestin lebih layak! – Netizen tolak Taylor Swift sebagai Person of The Year
NEW YORK: Tindakan majalah TIME yang menamakan penyanyi, Taylor Swift sebagai Person of The Year menerima kecaman ramai di media sosial.
Netizen rata-rata menolak pengiktirafan tersebut antaranya kerana sikap ketidak pedulian penyanyi itu terhadap nasib rakyat Palestin.
“Wartawan Palestin lebih layak menerima pengiktirafan sebegini dan pandangan ini datang dari Swiftie (peminat Taylor Swift tegar),” tulis seorang netizen di Instagram.
“Ini satu gurauan bukan? Tidakkah kalian sedar apa yang berlaku di luar Amerika Syarikat?” tulis seorang lagi netizen.
“People of The Year sebenar adalah ...
No More Lepak Mamak! Buat Teh Tarik Dengan ‘Abang Jom’ Jer
Bila sibuk bekerja seharian, nak lepak kedai mamak favourite ramai pun dah tak ada masa. Tapi nak juga minum teh tarik mamak. Sehari tak minum memang tak jalan satu kerja pun. Ibarat no energy gituu! Nak-nak lagi teh tarik mamak kaw, secawan teh tu boleh buatkan termimpi-mimpi! Siapa macam tu kita geng!
Read More →
Kongsi Foto ‘Fitting’ Baju, Syafiq Kyle & Mimi Lana Bagi ‘Hint’ Akan Berkahwin? – “Menanti Untuk Kongsi Momen Indah Bersama…”
Hantaran dimuat naik pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle di Instagram semalam mencuri perhatian warganet di media sosial apatah lagi kapsyen mereka dikatakan memberikan ‘hint’ tentang sesuatu.
Mana tidaknya, Mimi dan Syafiq kedua-duanya dilihat menulis caption yang sama, namun menggunakan dua bahasa yang berbeza.
Advertisement
Menanti untuk berkongsi momen indah bersama..
Read More →
Teruk Dikecam Sebab Mabuk & Isu Tak Bayar Nafkah Anak, BCL ‘Back Up’ Tiko – “Biar Mereka ‘Judge’, Biar Mereka Gosip””
Selepas suaminya teruk dikecam gara-gara tular video mempamerkan dirinya mabuk ketika majlis after party baru-baru ini, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) tampil mempertahankan Tiko Aryawardhana.
Menerusi Instagram, BCL dilihat membuat ucapan sempena ulang tahun Tiko dan pesannya kepada sang suami, biarkan sahaja orang ramai berkata-kata seperti yang mereka mahukan namun ia tidak akan melunturkan semangatnya.
Advertisement
Lebih 1,000 topi keledar berjaya ditukar sempena Setahun Bersama Kerajaan Madani
KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 topi keledar berjaya ditukar oleh pengunjung yang hadir ke reruai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) pada program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Bukit Jalil di sini.
Pengunjung yang hadir dan beratur di reruai JPJ seawal pukul 7.30 pagi hari ini untuk mendapatkan topi keledar baharu.
Berbezanya pada hari ini, reruai JPJ dibuka seawal pukul 8.30 pagi berbanding semalam ekoran permintaan orang ramai untuk mendapatkan topi keledar baharu.
Bagaimanapun, topi keledar yang ditukar kepada pihak JPJ ...
Tiada saman diskaun JPJ di program Setahun Bersama Malaysia
KUALA LUMPUR: Tiada diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersempena program Setahun Bersama Malaysia Madani.
Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa tiada diskaun ditawarkan bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang program berlangsung hingga Ahad ini.
Namun, antara Perkhidmatan JPJ yang ditawarkan ialah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL & PDL), pembaharuan lesen memandu vokasional (PSV & L), pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian/ perdagangan, pengambilan dokumen CDL & LKM (diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP ...
AS guna kuasa veto, UNSC sekali lagi gagal tamatkan keganasan Zionis di Gaza
NEW YORK: Usaha dunia untuk menamatkan keganasan Israel di Gaza sekali lagi menemui kegagalan.
Hal itu berlaku selepas Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi bagi mendesak gencatan kemanusiaan di Gaza, yang dikemukakan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Sekutunya, United Kingdom (UK) mengundi untuk berkecuali sementara 13 anggota lain menyokong.
Pengundian resolusi berlangsung pada jam 5.30 petang waktu tempatan New York.
Draf resolusi tersebut dikemukakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mendapat sokongan 97 negara lain.
AS mempertahankan tindakannya memveto resolusi tersebut dengan menggunakan ...