Sebelum ini, Aisar Khaled sudah berkali-kali membuat jelajah di Indonesia dan terbaru, lawatan pempengaruh tersebut ke kota Medan baru-baru ini menerima sambutan yang begitu hebat.
Menerusi video dikongsi Aisar di akaun media sosial, dia dilihat menaiki sebuah van dan duduk di bahagian atas sambil dikerumuni oleh ramai penduduk Medan.
Kedatangan Aisar ke situ mendapat sambutan positif ramai peminatnya yang begitu teruja untuk mengambil peluang bergambar dan bersalaman dengannya.
Aisar juga dilihat membuat mimik muka seperti tidak percaya bahawa dia ...