Blog

Polis selesai kes bunuh pasangan suami isteri dalam tempoh dua jam

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan pasangan suami isteri yang maut ditikam anak lelaki mereka di Jalan Penchala Hilir 6, Sungai Penchala di sini hanya dalam tempoh dua jam 40 minit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.43 malam itu, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terdapat pergaduhan keluarga di antara seorang lelaki tempatan dengan ibu dan bapanya di rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, akibat kejadian ini, sepasang suami isteri ditemukan terbaring ...

Read More →

Angelina Jolie Nak Pindah Kemboja Kerana Kehidupan Di Amerika Toksik

Pelakon Hollywood terkenal Angelina Jolie memberi bayangan untuk berhenti berlakon dan meninggalkan Los Angeles, Amerika Syarikat serta berpindah ke negara Kemboja.

Perkara itu dikongsikan oleh Angelina ketika temu bual eksklusif bersama Wall Street Journal baru-baru ini.

BACA: Brad Pitt, Angelina Jolie Sudah Kahwin Selepas 9 Tahun Bersama

“Saya mencari sesuatu yang lebih asli. Saya akan pindah jika saya boleh,” katanya.

Membesar di Hollywood bersama ibu bapanya Jon Voight dan Marcheline Bertand, Jolie berkata ianya tempat tidak sihat dan dia tidak pernah ...

Read More →

Pasangan warga emas maut dibunuh anak sendiri

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sepasang suami isteri maut dibunuh anak kandung mereka di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, berlaku pertengkaran di antara anak lelaki mereka berusia 40-an dengan pasangan berkenaan.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

“Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri di kawasan hutan berhampiran rumah mereka.

“Justeru, gerakan ...

Read More →

Kempen ‘melobi’ Siti Nordiana bermula

PETALING JAYA: Platform X tidak semena-mena sohor kini dengan tanda pagar #GV10SITINORDIANA menjelang malam akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV), di Axiata Arena Bukit Jalil, esok.

Menerusi tinjauan dalam media sosial itu, sehingga artikel ini ditulis, lebih 9,440 ciapan membanjiri ruangan tersebut, sekali gus menewaskan ciapan berkaitan isu semasa politik dan serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Antara mencuri perhatian adalah sedutan klip video penyanyi, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana menjalani sesi latihan serta sedutan klip video semasa pentas separuh akhir, ...

Read More →

“Kami Bercinta Lepas Kahwin, Masih Malu-Malu…”

Sudah tiga minggu bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izan, penyanyi Nabila Razali berkata dia dan suami dalam proses mengenali dan masih malu-malu.

Memetik Harian Metro, Nabila menyifatkan Nik seorang suami yang memahami dan memberikan sokongan kepadanya yang sibuk dengan tuntutan kerja.

BACA: Suami Beri Sokongan, Minta Nabila Razali Masuk Banyak Kelas Nyanyian

“Kami bercinta lepas kahwin, masih malu-malu dan dalam proses saling mengenali lagi. Alhamdulillah, suami saya faham kerana kami berdua sekarang sibuk dengan kerja masing-masing. 

“Malah, ...

Read More →

Liu Yujie semakin hampir bergelar juara

MELAKA: Hujan pada sebelah pagi sedikit menjejaskan tumpuan pemain apabila tidak ada seorang pun berjaya melakukan pukulan di bawah par selepas tiga hari Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia Edisi Ke-119 berlangsung di Kelab Golf Tiara & Country di sini, hari ini.

Begitupun, kelegaan buat dua pemain negara, Andrew Yap Yung Cheng dan Zia Iqmal Abdul Rashid muncul sebagai pendahulu bersama seorang lagi pemain dari Vietnam, Nguen Anh Minh yang masing-masing menyamai par 216 pukulan.

Andrew yang baru menjuarai Kejohanan Golf Terbuka ...

Read More →

Johor cuti khas peristiwa 17 Disember ini

JOHOR BAHRU: Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada 17 Disember ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia, malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pengumuman cuti peristiwa itu juga bersempena kejayaan skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut.

Katanya, pencapaian itu merupakan sejarah gemilang buat bola sepak negeri ini.

“Justeru itu, pada pukul 8.30 malam, 16 Disember ini akan diadakan sambutan bagi meraikan peristiwa bersejarah tersebut di ...

Read More →

Pulau Pinang galak belia terus libatkan diri dalam pertanian

PERMATANG PAUH: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menggalakkan penglibatan generasi muda dan belia di negeri ini dalam mempelopori aktiviti serta perusahaan berkaitan pertanian.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian ketika ini perlu diketengahkan bagi membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.

Pada masa sama, katanya, penglibatan generasi tersebut secara lebih meluas juga dapat membantu mengukuhkan agenda keterjaminan makanan khususnya di Pulau Pinang.

“Menyedari kepentingan golongan belia dalam bidang pertanian, kerajaan negeri telah menyediakan dua program berkaitan ...

Read More →

“Sakit Kepala Rasa Macam Nak Pecah Otak” – Che Ta Terpaksa Tangguh Majlis ‘Anniversary’, Disahkan Positif Covid-19

Selepas 10 tahun membina rumah tangga bersama, sudah tentu aktres Rozita Che Wan merancang untuk meraikannya dengan suami, Zain Saidin.

Namun perancangan pelakon yang juga usahawan mesra dipanggil Che Ta itu tergendala apabila dia disahkan positif Covid-19, semalam.

Advertisement

Katanya, meskipun semua persiapan sudah siap dia terpaksa menangguhkan majlis itu disebabkan angka kes positif Covid-19 sekarang yang makin ...

Read More →

Remaja hilang dakwa larikan diri sebab dibuli

KUALA LUMPUR: Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14, yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu dari sebuah sekolah berasrama penuh mendakwa melarikan diri kerana dibuli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, berkata, anaknya yang ditemukan oleh orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, dekat sini mengakui dibuli dengan teruk.

Katanya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Danial yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah ...

Read More →
Page 1,438 of 1,452 «...1,4101,4201,4301,4361,4371,4381,4391,440...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X