MACHANG: Seorang pemandu lori kuari maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja pemasangan bumbung untuk sarang burung layang-layang di tingkat dua rumahnya di Kampung Tok Kaya, Labok, di sini petang tadi.
Mangsa, Johari Tahar, 54, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.05 malam tadi oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Machang yang tiba di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa memasang bumbung untuk sarang burung layang-layang ...