HASRAT peminat untuk melihat ahli kumpulan BTS, Kim Tae-hyung atau V dan anggota Blackpink, Jennie mendirikan rumah tangga berkecai apabila pasangan itu dilaporkan berpisah, baru-baru ini.
Perkembangan tersebut menggemparkan dunia K-Pop selepas cerita berkenaan yang dilaporkan program televisyen, JTBC tular di media sosial. Syarikat pengurusan kedua artis terkenal itu, Big Hit Music dan YG Entertainment bagaimanapun setakat ini mengunci mulut berhubung perkara itu.
Berita berkenaan telah menerima pelbagai reaksi di media sosial. Peminat rata-ratanya terkejut ...