NEW YORK: Usaha dunia untuk menamatkan keganasan Israel di Gaza sekali lagi menemui kegagalan.
Hal itu berlaku selepas Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi bagi mendesak gencatan kemanusiaan di Gaza, yang dikemukakan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Sekutunya, United Kingdom (UK) mengundi untuk berkecuali sementara 13 anggota lain menyokong.
Pengundian resolusi berlangsung pada jam 5.30 petang waktu tempatan New York.
Draf resolusi tersebut dikemukakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan mendapat sokongan 97 negara lain.
AS mempertahankan tindakannya memveto resolusi tersebut dengan menggunakan ...