PETALING JAYA: Rakyat Malaysia kini dapat menikmati produk eksklusif #madeinsolomons termasuk SolTuna dan jenama barangan berasaskan kelapa yang dikilang secara tempatan.
Produk tersebut seperti produk penjagaan diri Coco Soap oleh Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Islands yang diedarkan oleh Bountiful Ventures Sdn. Bhd.
Duta Besar Kepulauan Solomon, Salana Kalu berkata, pihaknya berbangga Malaysia menjadi negara pertama di ASEAN yang membawa produk terbaik dari Kepulauan Solomon.
“Ini merupakan peristiwa penting bagi kami, kerana perkongsian perdagangan ini menyokong ...