PETALING JAYA : Sehelai stoking ditemukan di dalam kolam di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan pada 6 Disember lalu.
Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan stoking berkenaan adalah milik kanak-kanak malang itu atau bukan.
Kata beliau, stoking berkenaan antara barangan dan objek yang perlu dihantar ke makmal untuk analisa lanjut.
“Kita (polis) jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan mangsa ...