PADANG BESAR: Masyarakat digalakkan menggunakan kesempatan di akhir tahun ini untuk menunaikan ibadah zakat dan wakaf melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang merupakan agensi tunggal pengurusan baitulmal zakat dan wakaf di negeri ini.
Dalam masa sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut menggalakkan masyarakat agar memberikan sumbangan bagi menyucikan harta tidak patuh syariah dengan menyalurkannya kepada Tabung Bara’atuz-Zimmah (t-BAZ) MAIPs.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat melancarkan kempen ‘Nihayatul-Am MAIPs’ anjuran MAIPs bagi ...