LONDON: Liverpool menghembus nafas lega apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan ketika bertandang ke Stadium Selhurst Park untuk menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp diberi tentangan sengit oleh Crystal Palace sepanjang babak pertama, namun ‘Eagles’ berjaya mendahului permainan menerusi sepakan penalti Jean-Philippe Mateta pada minit ke 57.
Pada minit ke 75, Crystal Palace terpaksa akur bermain 10 orang apabila pemain sayapnya, Jordan Ayew dilayangkan kad merah susulan terjahan keras keatas pemain Liverpool.
The Reds berjaya ...