PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan ada pertambahan kerusi Menteri bagi rombakan Kabinet yang akan diumumkan sekitar pukul 11 pagi ini.
Perdana Menteri berkata, rombakan Kabinet itu bagaimanapun lebih kecil berbanding pimpinan kerajaan sebelum ini.
“Ada sikit pertambahan, tapi saiznya lebih kecil dari Kabinet kerajaan sebelum ini.
“Sidang media (pengumuman) akan berlangsung pukul 11 pagi ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Katanya, beliau juga memaklumkan akan memindahkan sebahagian tugas dan tanggungjawabnya namun, tidak menyatakan ...