Blog

64 korban pertempuran etnik di Manipur dikebumi selepas tujuh bulan

MANIPUR: Sebanyak 64 mayat mangsa yang terbunuh dalam pertempuran etnik di Manipur akhirnya dikebumikan selepas lebih tujuh bulan keganasan mengerikan itu tercetus Mei lalu.

Mayat semua mangsa yang maut dalam keganasan itu diserahkan kepada keluarga mereka semalam.

Pertelingkahan antara kumpulan majoriti Meitei dan minoriti Kuki meletus pada 3 Mei lalu kerana perkongsian kuota kerajaan.

Keganasan itu meragut sekurang-kurangnya 170 nyawa dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.

64 mayat itu, termasuk 60 daripada masyarakat Kuki dan empat etnik Meitei, disimpan di rumah mayat ...

Read More →

Jenazah tiga beranak maut kemalangan di Lipis selamat dikebumikan

BACHOK: Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Lipis-Benta, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pintu Gerbang, di sini petang tadi.

Terdahulu, jenazah ketiga-tiga mangsa itu disolatkan di Masjid Telok Kemunting, Tawang, sebelum dikebumikan di dalam satu kubur kira-kira pukul 6.30 petang.

Koperal Mohd. Azman Mat Yaacob,36, dilihat tidak henti-henti mengalirkan air mata semasa mengiringi arwah isteri, Nor Faizah Ridzuan, 34, bersama anaknya, Muhammad Hariz Adrian,10, dan anak angkat, ...

Read More →

Cemburu, dadah suami disyaki bunuh isteri baru dikahwini

SHAH ALAM: Perasaan cemburu yang didorong dengan kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh menyebabkan seorang lelaki dipercayai bertindak memukul teman hidupnya itu sehingga mati dalam satu kejadian di sini, pada awal pagi semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu juga disahkan terlibat dengan jenayah dadah selepas ujian saringan air kencing terhadapnya mendapati positif metamfetamin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek dipercayai memukul mangsa ...

Read More →

Kriangkrai muncul juara Kejohanan Amatur Saujana 2023

PETALING JAYA: Pemain Thailand, Siwakorn Kriangkrai muncul juara Kejohanan Amatur Saujana 2023 yang berlangsung di Saujana Golf and Country Club (SGCC), semalam.

Kriangkrai merangkul kejuaraan itu selepas menewaskan wakil Malaysia, Hariz Hezri menerusi playoff, apabila kedua-duanya terikat dengan catatan 217 selepas tiga hari kejohanan berlangsung.

Hariz mendahului selepas 17 lubang namun, dia kehilangan rentak pada lubang terakhir dan melakukan bogey, sekali gus kehilangan kelebihan satu pukulan ke atas Kriangkrai yang berada di belakang.

Kriangkrai melakukan par pada lubang ke-18 untuk menyamakan kedudukan ...

Read More →

“Kalau Esok Allah Soal, Dah Beri 3.4 juta Pengikut, Takkan Nak Ajak Bersenam Saja?”

Pelakon Alif Satar berkata dia tidak sangka kempen #GengSubuhMacamJumaat mendapat sambutan banyak pihak termasuk pihak universiti.

Memetik Harian Metro, Alif berkata dia memulakan kempen tersebut sebagai galakan kepada orang ramai selepas mendengar kata-kata seorang ustaz dalam satu kelas agama dihadirinya.

BACA: Alif Satar Dipuji Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid

“Kalau solat Subuh berjemaah pun susah nak buat, jangan sembang pasal nak lawan Zionis. Saya pergi ke kelas agama, kemudian ada orang bertanya kepada ustaz yang mengajar, ...

Read More →

“Kami Pernah Berkahwin 10 Tahun, Tak Ada Sebab Nak Bermusuhan..” – Sambut ‘Birthday’ Bersama, Jovian Dan Nina Sering Berjumpa

Terkini, pereka fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie bersama bekas isteri, Nina Ismail Sabri terlihat masih dalam hubungan yang baik apabila diketahui hadir ke majlis makan malam bersama ahli keluarga yang lain.

Kata Jovian, dirinya dan Nina kekal matang dalam menjaga hubungan baik dan akui masih melakukan aktiviti keluarga bersama meskipun tidak lagi bergelar suami isteri. Seperti contoh, mereka baru meraikan hari kelahiran adik iparnya, Dafi beramai-ramai di sebuah restoran.

Advertisement

Read More →

Pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan kes pelajar sekolah maut dilanggar

IPOH: Seorang pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan kes langgar pelajar lelaki tingkatan lima di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, permohonan reman terhadap lelaki berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan dijalankan esok.

“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek.

“Dalam kes ini, mangsa yang juga pelajar sekolah berusia 17 tahun meninggal dunia di lokasi ...

Read More →

Peperiksaan SPM di Melaka pada 20 Februari diteruskan

MELAKA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang jatuh pada 20 Februari 2024 akan berjalan seperti biasa walaupun tarikh itu adalah cuti umum di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, seramai 4,528 calon akan menduduki peperiksaan pada hari tersebut membabitkan empat subjek iaitu Manahij al-‘Ulum al-Islamiah, Pendidikan Seni Visual Kertas Dua, Pendidikan Muzik Kertas Satu dan Reka Cipta Kertas Satu.

Kata beliau, seramai 335 guru peperiksaan juga akan bertugas seperti biasa.

“Tarikh 20 ...

Read More →

‘Datuk’ Parti Politik Buru Individu Sebarkan Foto Berseluar Dalam – “Viral Spender Angry Bird”

Satu laporan polis dibuat bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zamil Ibrahim gara-gara fotonya hanya berseluar dalam menjadi tular di internet.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan di mana pihak mereka ada menerima laporan berkenaan isu tersebut dan memaklumkan satu kertas siasatan telah pun dibuka.

Advertisement

Zamil ...

Read More →
Page 1,369 of 1,409 «...1,3401,3501,3601,3671,3681,3691,3701,371...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X