Blog

Tahanan lolos daripada lokap berjaya diberkas

KOTA KINABALU: Selepas kira-kira 48 jam meloloskan diri daripada Lokap Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, seorang tahanan berjaya diberkas di kawasan paya bakau di Tuaran, hari ini.

Lelaki berkenaan yang melarikan diri pada Sabtu lalu ditahan semasa bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan paya bakau berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Shahurinain Jais berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek kira-kira pukul 11.50 pagi.

“Suspek berjaya ditangkap ketika sedang bersembunyi di sebuah pondok usang ...

Read More →

Lawatan PM ke Jepun tarik pelaburan RM6.56 bilion

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap lawatan kerja lima harinya ke Jepun berjaya dan amat menggalakkan apabila membawa pulang potensi pelaburan ke negara kira-kira RM6.56 bilion.

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan pelaburan dari Jepun terhadao Malaysia meningkat kepada RM30 bilion setakat ini.

Anwar berkata, pertemuannya dengan pelbagai pihak di Jepun termasuk rakan sejawatannya Fumio Kishida jelas menunjukkan bahawa hubungan Malaysia-Jepun kini menyaksikan anjakan baharu dari segi kerjasama pelaburan, perdagangan, pendidikan dan teknologi.

“Di Jepun ini pelaburan sedia ada, ...

Read More →

Aishah Tak Nak Masuk Lagi Program Realiti Nyanyian, Mahu Fokus Ibadah

Penyanyi Datuk Aishah memberitahu dia tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana penat menerima kritikan daripada netizen serta bimbang boleh memberi kesan pada kesihatan mentalnya.

Memetik BH Online, Aishah berkata dia mahu fokus kepada ibadat dan memenuhi undangan nyanyian. Menurutnya lagi, dia kini mahukan ketenangan.

BACA: Aishah Salahkan Monitor Telinga, Punca Nyanyian ‘Hauk’

“Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadat, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kecaman ...

Read More →

Laluan Biasa Orang Media Dihalang Anggota Polis, Suspek Langgar Budak Sekolah Hingga Mati Diberi ‘Layanan’ Istimewa?

Difahamkan dari laporan Harian Metro, pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang remaja berusia 17 tahun di hadapan sekolah dikatakan diberi ‘layanan’ istimewa ketika di bawa ke Mahkamah Majistret, hari ini.

Bahkan, kawalan ketat daripada pihak polis turut lain daripada yang biasa hingga timbul persoalan mengenai ‘double standard’.

Advertisement

Kata pengamal media, liputan kes tidak ...

Read More →

“Saya Angkat Dia Dan Nak Hempas Ke Dinding..” – Azhar Sulaiman Tak Tahan Baran, Hampir Baling Anak Ketika Bayi

Dalam dunia ini tak ada siapa yang tiada perasaan marah cuma mungkin ada sesetengah yang tahu untuk mengawal baran mereka. Begitu juga dengan pelakon Azhar Sulaiman yang baru-baru ini berkongsi pengalaman dirinya menjaga anaknya ketika bayi.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, Azhar menceritakan kisah dimana dia tidak dapat mengawal perasaan marah dan hampir mencelakakan anak sendiri.

Advertisement

Read More →

Banjir di Terengganu semakin pulih

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan mangsa terus berkurangan kepada 158 orang daripada 16 keluarga setakat pukul 8 malam ini berbanding 812 orang daripada 180 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan terdapat empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tiga daerah ketika ini.

“Di Dungun, seramai 42 mangsa daripada sembilan keluarga masih berada di sebuah PPS manakala di Marang pula, jumlah mangsa terus berkurangan kepada 114 orang daripada enam ...

Read More →

Polis siasat Papagomo keluar kenyataan mengaibkan Perdana Menteri

PETALING JAYA : Satu siasatan dijalankan pihak polis ke atas blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kenyataannya yang mengaibkan Perdana Menteri.

Kenyataan dibuat lelaki berkenaan menerusi satu hantaran video secara langsung (live), kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hantaran video berdurasi 1 jam 32 minit dan 50 saat bertajuk ‘DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS’  dimuat naik di YouTube Channel ‘Sir Azri’.

“Siasatan kini ...

Read More →

“Saya Angkat Anak, Hampir Nak Hempas Dia Dekat Dinding”

Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia pernah hampir bertindak di luar kawalan kerana perasaan marah yang meluap-luap.

Menerusi perkongsian di TikTok, Azhar berkata ketika anak sulungnya masih bayi berlaku pertengkaran kecil antaranya dengan isteri, Cempaka Emalin Pahamin.

BACA: Azhar Sulaiman Anggap Keluarga Bergaduh Di Media Sosial Satu Tindakan Bodoh

Kongsinya lagi, disebabkan rasa marah dia hampir menghempas anaknya ke dinding namun dia cepat tersentak dan beristighfar.

@theazharsulaiman

Behar hampir hempuk ...

Read More →
Page 1,358 of 1,410 «...1,3301,3401,3501,3561,3571,3581,3591,360...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X