Setiap ibu bapa ingin yang terbaik untuk anak -anak termasuk soal jodoh.
Ini terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak lanjut usia.
Sebahagiannya tidak boleh menolak jodoh pilihan orang tua dengan alasan mahu membahagiakan dan tidak mahu mengecewakan insan tersayang.
Pun begitu bukan semua jodoh diatur ibu bapa itu tepat dan kekal.
Minggu ini saya kongsikan kisah Noni, (bukan nama sebenar) yang dijodohkan dengan lelaki pilihan orang tua, namun kebahagiaan diimpi hanya sementara.
Wanita berusia 29 tahun itu berkata, walaupun gagal menunaikan janji kedua ibu ...