KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berharap bantuan kerajaan negeri dengan memperuntukan sekitar RM1 juta setahun bagi menjalankan program-program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
Buat masa ini, PFA sememangnya ada menerima bantuan daripada kerajaan negeri namun jumlah itu adalah tidak mencukupi.
Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, bagi melancarkan pelaksanaan program-program pembangunan bola sepak Perlis, kerajaan negeri perlu turut sama membantu dengan menyediakan peruntukan setiap tahun.
“Langkah tersebut amat penting bagi memajukan sukan bola sepak di Perlis dan demi kesejahteraan ...