PEKAN: Dua orang maut dalam kemalangan melibatkan pertembungan sebuah Perodua Kancil dengan treler di Jalan Sungai Miang, dekat sini, malam ini.
Berdasarkan maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Pahang, pasukan itu menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 8.22 malam.
“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Pekan bersama 16 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi itu.
“Hasil siasatan awal, pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Kancil tersebut dipercayai dalam perjalanan dari arah Nenasi menghala ke bandar Pekan, manakala ...