Blog

Mangsa banjir Kelantan terus menurun

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 19,716 berbanding 20,640 orang setakat pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi ini jumlah mangsa berkurang sebanyak 924 orang.

Menurutnya, kesemua mangsa dari 6,496 keluarga dari empat jajahan yang terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Kuala Krai sedang berlindung di 52 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Pasir Mas kekal sebagai lokasi yang teruk terjejas apabila menempatkan 15,586 orang, diikuti Tumpat (3,231), Kuala Krai (734) dan ...

Read More →

Kebebasan akademik tidak boleh diguna secara semberono

DATUK Seri Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri yang paling terbuka mengenai kebebasan akademik. Ketika Dialog Anak Muda – Temu Anwar pada 19 Mac lalu, Anwar menyebut bahawa keputusan kerajaan perpaduan adalah untuk memberi kebebasan akademik. Anwar juga memberi jaminan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan. Sebelumnya, Anwar ketika ditemui selepas…

 

 

Sila Log Masuk atau ...

Read More →

Sekutu AS mengelak sertai pasukan maritim Laut Merah

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berharap dapat memberikan respons antarabangsa yang tegas terhadap serangan kumpulan pemberontak Houthi Yaman ke atas perkapalan Laut Merah dengan melancarkan pasukan maritim baharu.

ENGGAN TERLIBAT

Tetapi seminggu selepas pelancarannya, ramai negara sekutu dilihat enggan dikaitkan dengan pasukan itu secara terbuka, malah ada yang menolak terus untuk menyertainya.

Dua daripada sekutu Eropah yang disenaraikan sebagai penyumbang kepada Operasi Penjaga Kemakmuran iaitu Itali dan ...

Read More →

Pengurusan tertinggi Kastam diminta kaji semula arahan perpindahan pegawai 

KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diminta mengkaji semula arahan perpindahan yang dikeluarkan secara drastik membabitkan sejumlah besar pegawai jabatan itu.

Ia susulan perintah perpindahan membabitkan sejumlah pegawai JKDM yang diarahkan berpindah merentas negeri termasuk pegawai yang sudah hampir pencen.

Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM), Abdul Malik Mohamed Zin berkata, arahan pertukaran itu bercanggah dengan keputusan Majlis Mesyuarat Tertinggi (MBJ) bersama ketua pengarah sebelum ini.

“Mereka tidak boleh membuat ...

Read More →

“Rumah Besar Bukan Jaminan Buat Kita Bahagia”

Penyanyi Shila Amzah dilihat ada memuat naik video tour banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan ahli keluarganya.

Menerusi video itu, Shila memaklumkan rumah banglo berkenaan telah pun dikosongkan dan dalam proses pembersihan sebelum ianya siap sedia dijual.

BACA: Shila Azmah Buat ‘Bungalow Tour’, Netizen Faham Kenapa Nak Jual

Sementara itu, Shila berkata dia rasa sedih setiap kali melihat rumah berkenaan apatah lagi banyak menyimpan kenangan mereka sekeluarga.

...
Read More →

Noki Buang Rantai & Gelang, Nak Baiki Diri Sebelum Kahwin

Pelakon dan penyanyi Noki K-Clique mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga berada dalam industri seni.

Memetik Hib Glam, Noki berkata dia ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan serta meminta mendoakan buat mereka.

BACA: Noki Kecewa Tuju Tak Datang Majlis Kahwin MK

“Saya memang ada sasaran nak kahwin pada usia 25 tahun. Bila tengok kebanyakan kawan rapat termasuk anggota K-Clique berkeluarga, saya pun teringin nikmati bahagia macam mereka.

“Tapi sasaran dah terlepas, jadi saya tukar rancangan itu ...

Read More →

N13 Kuang diperintah fail pembelaan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pemilik akaun Facebook N13 Kuang untuk memfailkan pembelaan sebelum atau pada 15 Januari depan.

Pembelaan tersebut adalah berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada 5 September lalu.

Pada tarikh tersebut, Fahmi memfailkan tiga saman fitnah terhadap pemilik akaun Facebook ‘N13 Kuang’, Mohd. Fauzan Madzlan; penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dan penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd. Rani ...

Read More →

Pegawai Kastam ditukarkan sudah berkhidmat lebih tujuh tahun

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjelaskan arahan penempatan dan pertukaran pegawai adalah selaras dengan perintah yang dikeluarkan oleh agensi itu di mana ia membabitkan pegawai yang sudah berkhidmat lebih tujuh tahun di lokaliti yang sama.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, JKDM ingin memaklumkan bahawa arahan penempatan dan pertukaran pegawai adalah selaras dengan perintah yang dikeluarkan oleh JKDM.

Menurutnya, arahan itu mengikut Perintah Tetap Perjawatan Bil.78 – Dasar Penempatan ...

Read More →
Page 1,351 of 1,445 «...1,3201,3301,3401,3491,3501,3511,3521,353...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X