PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM (ZIM Integrated Shipping Services Ltd) daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.
“Oleh itu, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal ...