Blog

Malaysia tangga kelima laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2023

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal di tangga kelima dalam kalangan 12 negara rantau Asia-Pasifik berdasarkan Laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2023 dalam senarai skor dan penarafan.

Rekod itu menyaksikan Malaysia mencatat skor 61.5 peratus atau meningkat dua peratus berbanding laporan sama pada 2020.  

Kedudukan negara dilihat lebih baik berbanding Hong Kong (59.3 peratus) dan India (59.4 peratus) yang masing-masing di tangga keenam dan ketujuh diikuti Korea (57.1 peratus), Thailand (53.9 peratus), China (43.7 peratus), Filipina (37.6 ...

Read More →

“Berhenti Sebarkan Video Itu” – Polis Sahkan Gelandangan Wanita Maut Gantung Diri Di Stesen LRT 3 Sri Andalas

Tular mengenai satu video yang memaparkan seorang individu dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di kawasan stesen LRT 3 Sri Andalas, Klang.

Difahamkan polis sudah pun menerima laporan  mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 53 tahun pada pukul 6.10 pagi semalam.

Advertisement

Siasatan mendapati saksi yang merupakan pengawal keselamatan telah membuat rondaan di ...

Read More →

Tiga penjenayah Rohingya aktif pecah rumah, samun ditembak mati

GOMBAK: Seorang lelaki etnik Rohingya yang juga ketua ‘Geng Rantau Fiesta’ masih tidak serik melakukan samun dan pecah rumah biarpun pernah ditahan sebelum ini.

Lelaki berusia 30-an itu yang pernah ditahan pada 2016 seolah-olah tidak gentar ditahan pihak berkuasa apabila melakukan jenayah sama sebaik sahaja bebas daripada penjara. 

Malah, suspek bersama dua lagi rakan sejenayahnya yang juga memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bertambah berani apabila menggunakan dua pucuk pistol jenis ...

Read More →

15 pemain remaja Persatuan Badminton Pahang ungguli Kejohanan Badminton Remaja Pahang 2023

KUANTAN: Pemain remaja daripada Persatuan Badminton Pahang mengungguli Kejohanan Badminton Remaja Pahang 2023 yang diadakan selama empat hari bermula 19 Disember lalu di Dewan Persatuan Badminton Pahang di sini.

Daripada 16 kategori remaja dipertandingkan, pemain daripada persatuan itu muncul juara bagi 15 kategori kecuali Perseorangan Perempuan 12 dimenangi oleh peserta dari daerah Rompin.

Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail berkata, ia pencapaian cukup membanggakan buat pemain-pemain remaja persatuan terbabit.

“Ia selaras matlamat saya dan persatuan untuk terus ...

Read More →

Hampir separuh kes jangkitan Covid-19 di AS dari subvarian JN.1

NEW YORK: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memaklumkan subvarian Covid-19 JN.1 mengakibatkan antara 39 hingga 50 peratus daripada keseluruhan kes di seluruh negara ini, setakat 23 Disember lalu.

Peningkatan itu melepasi anggaran CDC yang dibuat setakat 8 Disember lalu yang mengunjurkan 15 peratus kepada 29 peratus kes di AS.

CDC berkata, varian itu terus menyebabkan peningkatan jangkitan dan itu varian yang paling banyak merebak di negara berkenaan, ketika ini.

Katanya, pernularan berterusan membuktikan varian itu lebih mudah menular atau ...

Read More →

Isu Al-Kahfi: Tidak wajar sesatkan pihak berbeza pandangan

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memandang serius kenyataan seorang pendakwah dalam ceramahnya yang mendakwa kenyataan seorang pemimpin yang dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesat apabila merujuk kepada Ashabul Kahfi (pemuda-pemuda gua) sebagai beragama Kristian.

Yadim berkata, adalah amat tidak wajar sikap terus menghentam dan menyesatkan mereka yang berbeza pendapat dan pandangan dalam isu-isu khilafiah agama kerana sikap tersebut akan membantutkan perkembangan ilmu dan daya penyelidikan.

Lebih membimbangkan, katanya, sikap itu akan menyebabkan pergaduhan dan tuduh ...

Read More →

Turkiye bincang permohonan Sweden sertai NATO

ANKARA: Jawatankuasa hal ehwal luar Parlimen Turkiye akan membincangkan permohonan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu depan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu memaklumkan semakan mengenai permohonan itu dijadualkan pada 26 Disember.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menandatangani protokol penyertaan Sweden ke NATO dan menyerahkan kepada Parlimen pada Oktober.

Rang undang-undang itu perlu diluluskan oleh suruhanjaya sebelum sesi pengundian dilakukan di Parlimen.

Selepas Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada Februari 2022, Sweden dan Finland mengemuka permohonan untuk menyertai ...

Read More →

Bela 24 kucing, rumah tak pernah ada ‘bau’

“SAYA tak boleh melihat kucing yang kesakitan, kelaparan atau terbiar di jalanan. Selagi boleh dan mampu, saya akan cuba selamatkan.”

Itu pengakuan jujur, Elmanda Zuhairy, 35. Kecintaan dan kasih sayang terhadap haiwan bernama kucing terlalu menebal sehingga dia membela 24 kucing di rumah.

Berkongsi punca membela si bulus, jurusolek ini berkata, semuanya bermula selepas suaminya menyatakan ...

Read More →

Harimau Muda tewaskan China

PETALING JAYA:  Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara menunjukkan aksi cemerlang ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas pasukan China B-23 pada aksi persahabatan di Stadium Jinshan, Shanghai, China, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menunjukkan aksi seimbang apabila saling melancarkan serangan namun gagal menghasilkan gol.

Bagaimanapun, pada minit terakhir perlawanan, tolakan mudah Harith Haiqal Adam Afkar berjaya menggegar gawang tuan rumah sekali gus memberi kemenangan kepada kem negara.

Skuad Harimau Muda akan sekali lagi berdepan lawan sama pada Selasa nanti.

Aksi persahabatan dengan China B-23 ...

Read More →

PFA harap kerajaan negeri Perlis peruntuk RM1 juta setahun

KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berharap bantuan kerajaan negeri dengan memperuntukan sekitar RM1 juta setahun bagi menjalankan program-program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Buat masa ini, PFA sememangnya ada menerima bantuan daripada kerajaan negeri namun jumlah itu adalah tidak mencukupi.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, bagi melancarkan pelaksanaan program-program pembangunan bola sepak Perlis, kerajaan negeri perlu turut sama membantu dengan menyediakan peruntukan setiap tahun.

“Langkah tersebut amat penting bagi memajukan sukan bola sepak di Perlis dan demi kesejahteraan ...

Read More →
Page 1,336 of 1,409 «...1,3101,3201,3301,3341,3351,3361,3371,338...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X