SEBERANG PERAI: Seorang remaja perempuan yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai kecewa susulan dua kali gagal dalam ujian memandu Khamis lalu ditemui selamat berhampiran kawasan pelabuhan, Penang Port Sdn. Bhd. di sini, hari ini.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Faris Izwan Ahmad Fadzilah berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Perai menerima panggilan daripada pihak polis berhubung penemuan itu pukul 10.25 pagi.
“Mangsa yang berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan lemah di kawasan ...