Blog

Pimpinan baharu Amanah perkukuh kerjasama parti Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Barisan kepemimpinan baharu Parti Amanah Negara (Amanah) diharap dapat terus bersama-sama bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mudah-mudahan barisan kepemimpinan baharu Amanah dapat terus memperkasa dan memangkin agenda Kerajaan Perpaduan serta Malaysia Madani.

“Saya ucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Amanah yang telah dipilih pada hari ini.

“Diharap dengan kerjasama yang dirai antara parti dalam kerajaan akan lebih kukuh, erat dan serasi bagi memastikan sebuah ...

Read More →

Belum dapat kerja, ratusan warga Bangladesh jalan kaki mahu buat laporan polis

KOTA TINGGI: Tular rakaman video memaparkan deretan warga Bangladesh berjalan kaki beramai-ramai di Teluk Ramunia Bayu Damai sini, sehingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan.

Difahamkan, kesemua warga asing itu dikatakan dalam perjalanan membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu ejen pekerjaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, video berkenaan dirakam pada 20 Disember lalu yang mana warga asing Bangladesh telah dikesan berjalan kaki di kawasan hadapan simpang masuk di penempatan tersebut.

“Susulan itu terdapat satu laporan polis ...

Read More →

Mas Ermieyati sudah jangka, BN akan buat rayuan

MELAKA: Barisan peguam Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah bersedia untuk proses rayuan petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid bagi kerusi itu yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2024. Mas Ermieyati ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, beliau secara peribadi telah menjangkakan bahawa BN akan bertindak sedemikian sebaik sahaja…

 

 

Sila Log Masuk atau ...

Read More →

Wanita hampir lemas dihanyut arus deras semasa dapatkan bantuan

RANTAU PANJANG: Seorang wanita dari Kampung Gual Mekong di sini hampir lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir untuk mendapatkan bantuan berpindah ke tempat selamat selepas rumahnya ditenggelami air pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu mangsa Norisan Ahmad 38, sempat meneguk air banjir semasa dihanyutkan arus deras tersebut.

Norisan berkata, peningkatan mendadak air di kawasan kampung menyebabkan dia dan suami, Sakimin Ibrahim, 30, terperangkap di dalam rumah.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia memberanikan diri keluar manakala suaminya masih lagi ...

Read More →

Finas mahu filem Pendatang ditayang di sekolah

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengesyorkan filem bebas atau independen bertajuk ‘Pendatang’ perlu ditayangkan di sekolah.

Pengerusinya, Datuk Kamil Othman berkata, filem seperti itu diyakini dapat menggalakkan perbincangan yang bermakna.

“(Filem Pendatang) harus ditayang di sekolah untuk mengundang perbincangan, membongkar persepsi dan prasangka yang mendalam.

“Langkah-langkah kecil menuju destinasi yang diingini,” katanya di aplikasi X semalam.

‘Pendatang’ ialah thriller dystopian yang berlatarkan Malaysia versi fiksyen apabila kaum yang berbeza tidak dibenarkan bergaul dengan kuat kuasa undang-undang zalim.

Filem itu ditayangkan di ...

Read More →

Syria tak sambutan Krismas, pamer solidariti kepada penduduk Gaza

DAMSYIK: Penganut agama Kristian dan gereja-gereja di Syria mengehadkan sambutan Krismas bagi mempamer solidariti mereka kepada rakyat Palestin yang menderita akibat peperangan berterusan di Gaza.

Daerah pusat Azizia di utara Syria yang terkenal dengan pasar perayaan yang sibuk dan penjualan pokok Krismas dengan jalan-jalan raya di sekelilingnya sering dihiasi lampu serta perhiasan.

Tetapi tahun ini, dataran utama itu  lengang dan tiada hiasan meriah sempena sambutan Krismas kelihatan.

Read More →

UMS-Jabatan Perikanan laksana projek rumpai laut

KOTA KINABALU: Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Perikanan Sabah akan melaksanakan projek tanaman rumpai laut bagi meningkatkan lagi industri tersebut.

Sehubungan itu Majlis Penyerahan Peralatan Penanaman Rumpai Laut di Jeti UMS, diadakan baru-baru ini untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara dua agensi bagi memacu penyelidikan berkaitan rumpai laut yang merupakan salah satu industri penting dan berpotensi di negara ini.

Selain itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh kedua-dua ...

Read More →

Malaysia contoh persefahaman, toleransi kepelbagaian etnik seluruh dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjadi tauladan, persefahaman dan toleransi antara kepelbagaian etnik, agama serta budaya kepada seluruh dunia.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, ia berdasarkan tiga prinsip asas iaitu Perlembagaan Persekutuan, lima prinsip Rukun Negara dan cabaran strategik Wawasan 2020 untuk mencipta bangsa Malaysia serta negara yang benar-benar maju.

“Dengan prinsip-prinsip asas ketiga-tiga dokumen ini, Malaysia boleh menjadi contoh tauladan dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia.

“Kita ada 63.5 peratus populasi negara ...

Read More →

Israel bedil kem pelarian Al-Maghazi, 70 maut

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kem pelarian di Gaza pada lewat malam tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan itu memusnahkan beberapa unit rumah di kem Al-Maghazi yang terletak di tengah wilayah Palestin.

Setakat ini, AFP tidak dapat mengesahkan bilangan tersebut.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, bilangan penduduk yang terbunuh dalam serangan ke atas kem Al-Maghazi sudah meningkat kepada 70 penduduk setakat ini.

Terdahulu, Ashraf berkata, serangan itu memusnahkan ...

Read More →

“Ada Lelaki Terbaring Dah Kembung Macam Belon” – Gempar Mayat Dijumpai Dalam Kereta Di ‘Car Boot Sale’ Damansara

Car boot sale yang berlangsung di Kota Damansara semalam digemparkan dengan penemuan mayat di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Satu rakaman diambil oleh orang awam ketika kejadian tular di media sosial dan menurut laporan, peniaga dan pengunjung terhidu bau tidak menyenangkan namun pada awalnya menyangka ia datang daripada bangkai haiwan.

Advertisement

Kata saksi kejadian, ...

Read More →
Page 1,328 of 1,407 «...1,3001,3101,3201,3261,3271,3281,3291,330...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X