Blog

53 mangsa dipindahkan akibat banjir di Kubang Pasu

KUBANG PASU: Seramai 53 penduduk daripada 15 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, di sini apabila rumah mereka dilanda banjir, malam tadi.

Antara lokasi yang terjejas adalah Kampung Padang Panjang, Kampung Sampang dan Kampung Lubuk Ipoh yang terletak dalam Mukim Malau.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, PPS tersebut mula dibuka sejak pukul 9.16 malam setelah penduduk diarahkan berpindah dari rumah masing-masing.

Read More →

Terengganu lebih layak menang

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menganggap pasukannya lebih layak untuk menang ketika berdepan Sabah FC selepas dihidang dengan deretan peluang terbaik.

Steinbruckner berkata, diikat 1-1 oleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee satu perkara yang merugikan pasukan selain perlawanan turut ‘dicemari’ beberapa keputusan yang tidak berpihak kepada skuad Penyu.

Menurut Steinbruckner, pasukannya mempunyai beberapa peluang keemasan untuk meraih kemenangan, termasuk satu insiden pada minit ke-28 yang mungkin boleh mengubah keputusan perlawanan.

“Para pemain memaklumkan kepada saya bahawa ada ...

Read More →
blank

Pelaburan bantu merevolusi industri padi dan beras negara

blank

blank

PETALING JAYA: Langkah-langkah pelaburan yang diambil oleh kerajaan akan merevolusikan dan meningkatkan lagi industri padi dan beras negara, kata Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Syarikat yang menjaga industri padi dan beras tempatan itu berkata, usaha itu bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi tempatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup petani. “BERNAS sedang membangunkan sistem pengurusan ladang untuk memantau… … Read More →

blank

Utusan Melayu medium Ching Lyu perkasa bacaan, tulisan jawi

PASIR MAS: Seorang warga emas berketurunan Cina, Owee ­Ching Lyu, 82, dari Kampung Sakar Sungai di sini, menjadikan akhbar Utusan Melayu keluaran 23 Julai 2012 sebagai medium untuk memperkasa bacaan dan tulisan jawi yang dipelajarinya sejak kecil.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ching Lyu atau nama Melayunya, Pak Awang berkata, minat mendalam terhadap bacaan jawi dan tulisan itu membuatkan dia menyimpan kemas akhbar tersebut.

“Setiap kali mahu membaca jawi saya bawa keluar Utusan Melayu. Selain membaca, saya juga boleh menulis jawi dengan ...

Read More →
blank

Replika rangka ikan paus curi tumpuan

blank

blank

SERDANG: Rangka ikan paus sei (balanoptera borealis) sepanjang 18 meter yang dipamerkan kepada pengunjung sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di sini turut menjadi tumpuan para pengunjung. Pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Muhafiz Hamid berkata, pameran itu bertujuan memberi pengetahuan kepada pengunjung terhadap haiwan mamalia yang berada di… … Read More →

blank

Gen Z cari peluang, bukan malas

blank

blank

PETALING JAYA: Generasi Z dan Milenial tidak teragak-agak ‘lom­pat kerja’ jika tempat lain boleh menawarkan persekitaran kerja yang lebih positif dan mempunyai peluang untuk mengembangkan kerjaya mereka. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, isu pertukaran kerja yang kerap dalam kalangan generasi muda seperti Gen Z dan Milenial, termasuk faktor gaji… … Read More →

blank

Fattah Amin Ke Surau, Tak Nampak Kusut Hadap Berita Cerai

Meskipun hangat diperkatakan mengenai berita kemelut rumah tangganya, pelakon Fattah Amin dilapor tenang di set penggambaran.

Memetik Utusan Online, sumber berkata Fattah yang kini sedang menjalani projek supertele 11 Cinta Sebelum Kamu, tidak pernah buka mulut baik tentang rumah tangga mahupun mengenai isterinya, Fazura.

BACA: Fattah Amin Terkejut, Sedih Isteri Fail Cerai

“Fattah tidak menunjukkan apa-apa respons atau tindak tanduk yang pelik. Dalam set dia nampak fokus kepada kerja. Dia juga beri kerjasama yang baik dengan semua orang ...

Read More →
blank

Umie Aida Nasihat Netizen Tak Perlu Campur Urusan Fattah & Fazura

Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan mengenai berita pelakon Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin sekaligus mengejutkan ramai dan industri hiburan tanah air.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Datin Seri Umie Aida yang memuat naik video yang memaparkan Fattah sedang duduk di atas sofa.

BACA: Shamsul Ghau Ghau Titip Nasihat Buat Fattah Amin

@umieaida_9

InsyaAllah doa yang baik semoga segalanya berjln dgn baik buat mereka berdua. ...

Read More →
blank

Tular video kanak-kanak menghuni rumah amal ditindih, dirotan penjaga

PETALING JAYA: Dua video tular menunjukkan penderaan dialami seorang kanak-kanak dipercayai menghuni salah sebuah rumah kebajikan yang dikaitkan dengan syarikat Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Dalam video satu minit sembilan saat menunjukkan bagaimana salah seorang kanak-kanak sedang menahan kesakitan sambil menangis akibat ditindih dengan lutut.

Seorang lelaki pula dipercayai penjaga dilihat bertanya punca kanak-kanak itu menangis selain turut menutup hidungnya.

“Kenapa menangis, nak mati ke?,” katanya.

Difahamkan banyak lagi penderaan sedemikian berlaku di rumah kebajikan yang dikaitkan dengan GISBH.

Selain itu, satu ...

Read More →
blank

CAP kesan 15,000 pelajar `beralih selera’ hisap rokok elektronik, vape

PETALING JAYA: Hampir 15,000 pelajar sekolah dikesan memilih menghisap rokok elektronik dan vape berbanding rokok tembakau, sekali gus meningkatkan risiko kesihatan melibatkan generasi muda.

Jumlah itu diperoleh berdasarkan kaji selidik dilakukan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sekolah di seluruh negara tahun ini.

Sehubungan itu, Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow mendesak kerajaan mencari penyelesaian bagi mengurangkan amalan serta tabiat merokok dalam golongan muda khususnya pelajar sekolah.

Beliau berkata, masalah menghisap rokok tembakau dalam kalangan pelajar semakin merosot namun penggunaan vape meningkat.

Menurut beliau, ...

Read More →
Page 1,313 of 2,296 «...1,2901,3001,3101,3111,3121,3131,3141,315...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X