MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita serbuk timah seberat 5,000 kilogram (kg) yang dipercayai diseludup dari Indonesia untuk kegunaan sektor perindustrian tempatan, bulan lalu.
Pengarah Kastam Melaka, Nadzri Che Ani berkata, timah tersebut dibawa masuk dalam bentuk serbuk dan dibungkus dalam beberapa beg plastik.
Kata beliau, sindiket dikesan menggunakan laluan perairan negara berhampiran Mersing, Johor pada waktu pagi dengan menggunakan sebuah bot.
“Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan kastam telah bertindak menyerbu sebuah lori jenis Hino pada 17 ...