GEORGE TOWN: Angin kencang yang melanda Pulau Pinang sejak awal pagi semalam mengakibatkan berpuluh kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di bahagian pulau dan Seberang Perai, di sini.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini akibat kejadian berkenaan yang hampir sama berlaku, kelmarin.
Antara kawasan yang terlibat kali ini ialah di Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru dan Butterworth.
Selain itu, turut dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang menimpa sebuah kereta ...