PETALING JAYA: Nama kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin kekal dalam pertuduhan selepas pihak pendakwaan menolak permohonan pembelaan untuk membuat pindaan dengan memasukkan nama bapanya, Zaim Ikhwan Zahari dalam dokumen berkenaan.
Hakim Dr. Syahliza Warnoh mengekalkan butiran dalam kertas pertuduhan selepas Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pihaknya tidak membuat sebarang pindaan seperti yang dipohon pembelaan.
“Permohon pindaan dikemukakan secara lisan pada prosiding terdahulu. Permohonan ini ditolak dan nama tersebut dikekalkan dalam kertas pertuduhan,” ujar ...