KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas yang tersendiri apabila buat dua tahun berturut-turut berjaya menyapu bersih empat piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak Malaysia.
Sebentar tadi, kelab milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu melengkapkan piala keempat mereka musim ini apabila menumpaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023.
Sebelum ini, skuad Harimau Selatan berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super (biarpun berbaki dua perlawanan), sekali gus membuktikan mereka sukar ...