KUANTAN: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) mendakwa penguatkuasaan lemah menjadi punca pihak tidak bertanggungjawab terus berani meneroka dan menceroboh hutan simpan serta tanah-tanah kerajaan negeri secara haram.
Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, kegiatan itu bukan sahaja semakin berleluasa, malah ada yang berani menceroboh menggunakan jentera berat selain mengeluarkan kos yang tinggi.
“Kita dapati sekarang masih terdapat pihak yang berani menceroboh tanah kerajaan secara haram, ini mungkin disebabkan penguatkuasaan yang masih lemah.
“Pihak berkuasa seharusnya membuat sistem pemantauan yang konkrit dengan turut ...