Blog

Tujuh individu terlibat ‘scam’ pelaburan diberkas 

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan diberkas di sebuah premis pusat panggilan di ibu negara,  Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menahan tiga lelaki warga China, seorang lelaki warga Taiwan dan tiga lelaki serta seorang wanita tempatan yang semuanya berusia antara 27 hingga 42 tahun.

Menurut beliau, semua yang ditahan  berperanan sebagai pengurus pejabat, pengurus sumber manusia, ...

Read More →

Keputusan Madrid boleh batalkan award AS$15 billion

PETALING JAYA: Malaysia berharap keputusan Mahkamah Madrid, Sepanyol boleh memberi jaminan untuk mematikan penganugerahan pampasan berjumlah hampir 15 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) yang diberikan Gonzalo Stampa kepada kumpulan Sulu.

Setakat ini, Mahkamah Madrid masih belum membuat keputusan sama ada Stampa bersalah terhadap tuduhan jenayah menghina mahkamah yang serius serta amalan profesion tanpa kelayakan, yang didengar hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penghakiman itu nanti penting bagi menyakinkan bahawa tuntutan ...

Read More →

“Dah Sampai Tahap Saya Bernafas Pun Orang Tak Suka”

Penyanyi Syada Amzah berkata dia berlapang dada apabila videonya menyanyikan lagu Kalam Eneih tular dan menerima kecaman hebat daripada netizen.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Syada berkata ramai yang tidak berpuas hati dengan isu keluarganya sebelum ini sehingga melepaskan kemarahan menerusi video tersebut.

BACA: Syada Amzah Tak Menyesal Jadi Penyanyi, Anggap Anugerah Dari Tuhan

“Saya rasa mungkin isu lama saya, mereka masih lagi terasa hati. Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu. Kalau saya jadi orang luar mungkin akan ...

Read More →

Lim Kit Siang diambil keterangan Rabu ini

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siangi berhubung kenyataannya didakwa menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri, pada Rabu ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap Kit Siang.

Katanya, siasatan tersebut dijalankan berhubung kandungan penulisan beliau yang dimuat naik dalam blognya, limkitsiang.com pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

“Penulisan yang disiasat bertajuk ‘Malaysian ...

Read More →

Lelaki Malaysia diculik, dibunuh selepas bayar tebusan RM330,000

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berjaya membantu pihak berkuasa Filipina menyelesaikan kes penemuan mayat lelaki warga Malaysia selepas diculik di Manila pada Oktober lalu.

Ketua Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk bantuan analisis terhadap aliran transaksi ke dalam cryptowallet dipercayai milik seorang suspek pada 9 November lalu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada 24 Oktober lalu apabila pihak polis Manila menerima aduan daripada seorang rakyat Malaysia yang ...

Read More →

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

MACHANG: Seorang pemandu lori kuari maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja pemasangan bumbung untuk sarang burung layang-layang di tingkat dua rumahnya di Kampung Tok Kaya, Labok, di sini petang tadi.

Mangsa, Johari Tahar, 54, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.05 malam tadi oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Machang yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa memasang bumbung untuk sarang burung layang-layang ...

Read More →

Polis periksa unit rumah blok berdekatan tempat Zayn Rayyan ditemukan

PETALING JAYA : Beberapa unit kediaman di blok di Apartment Idaman, Damansara Damai diperiksa polis malam ini dipercayai bagi mencari petunjuk yang dapat membantu mengesan pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, proses pemeriksaan unit kediaman itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama-sama unit forensik, Bukit Aman.

Kata beliau, unit rumah yang diperiksa itu terletak di blok lain dan berhampiran tempat lokasi ...

Read More →

Polis pertingkat kawalan, penduduk Apartment Idaman tidak perlu gusar

PETALING JAYA : Polis mempertingkatkan kawalan di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai susulan kes penemuan kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan maut dibunuh.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, penduduk di kawasan sekitar tidak perlu gusar dengan keselamatan mereka.

Beliau berkata, satu pertemuan di antara polis bersama penduduk juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan keadaan terkini keselamatan di kawasan berkenaan.

“Pertemuan ini bagi memastikan penduduk tidak berasa ...

Read More →
Page 1,291 of 1,313 «...1,2601,2701,2801,2891,2901,2911,2921,293...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X