PETALING JAYA: Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Miroslav Kuljanac berharap dapat meneruskan rentak kemenangan apabila turun menentang Perak FC dalam aksi liga di Stadium Perak, hari ini.
KL City masih segar dengan kejayaan membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0 pada minggu lalu bagaimanapun tidak mahu berasa terlalu yakin bagi menghadapi lawan yang memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.
“Kita kena realistik. Saya tidak fikir kami dapat menewaskan Perak FC 5-0 seperti mana kami lakukan ketika menentang KDA FC. Semua tahu ...