Pendakwah Selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Ianya selepas permohonan yang dilakukan oleh peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga rayuan didengar dan diputuskan telah dibenarkan oleh Hakim.
Sesi pendengaran permohonan penggantungan pelaksanaan itu dibuat mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dengan beberapa syarat yang tidak didedahkan butirannya.